Strim Langsung, Majuan Fleksibel, Lompat ke Saluran Seterusnya dan Stiker Bertren

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Strim Langsung, Majuan Fleksibel, Lompat ke Saluran Seterusnya, Stiker Bertren  dan Lagi

Telegram dilancarkan 8 tahun lalu dan hari ini kami teruskan tradisi kemaskini bulanan kami dengan versi 8.0. Kemaskini ini memperkenalkan strim langsung dengan penonton tanpa had di grup dan saluran, opsyen untuk hapus kapsyen dari media dan sembunyikan nama pengirim bila memajukan, cara mudah untuk lompat ke saluran belum dibaca seterusnya tanpa kembali ke senarai bual anda, stiker panel lebih baik, emoji beranimasi dan banyak lagi.

Strim Langsung Tanpa Had

Kemaskini kami sebelum ini memperkenalkan Panggilan Video satu alatan yang unggul untuk siaran langsung — dan kini tiada had lagi bagi penonton (kecuali jika dihadkan oleh komuniti di saluran anda, atau untuk siaran bagi keseluruhan penduduk di atas Bumi, yang mana satu yang relevan untuk kes anda).

Mulai Strim Langsung di saluran atau Bual Video di grup – keduanya sekarang mendokong penonton tanpa had. Anda kini berpeluang untuk menyiarkan stesen TV anda dari sini, terus dari poket anda.

Untuk mulai, tekan 'Bual Video' (di Grup) atau 'Strim Langsung' (di Saluran) pada halaman profil komuniti di mana anda adalah seorang pentadbir.

Penonton Strim Langsung anda boleh juga angkat tangan mereka dan sertai siaran anda jika anda benarkan mereka.

Majuan Fleksibel

Memajukan kini dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Tekan label 'Majukan Mesej' di atas bar mesej untuk buka label bar tingkap pratonton, memaparkan bagaimana mesej dapat dilihat bila dikirim – bersama dengan beberapa opsyen penyesuaian.

Anda boleh pilih untuk sembunyikan nama pengirim atau sembunyikan kapsyen pada mesej media. Anda juga boleh nyahpilih mesej yang anda tidak ingin kirim atau tukar penerima jika anda tersilap tekan pada bual yang bukan pilihan anda.

Lompat ke Saluran Seterusnya

Ada berjuta saluran satu-ke-ramai di Telegram yang pengguna ikuti untuk berita, peristiwa dan kandungan.

Untuk mengikuti berita dengan lebih mudah dan lancar, anda kini boleh skrol di saluran yang anda ikuti tanpa perlu balik ke senarai bual anda. Bila anda sudah tiba ke baris paling bawah di saluran anda, leret ke atas untuk ke saluran seterusnya yang belum dibaca.

Jika anda telah menyusun bual anda dengan Folder atau Bual Diarkib, aplikasi akan mengikut struktur yang anda telah tetapkan: saluran di folder sedang diguna kemudian dalam setiap folder, kemudian baki seterusnya di Semua Bual dan di Arkib. Hanya dengan membuka saluran dari folder Pembelajaran anda untuk membaca kesemuanya tanpa diganggu oleh Meme – dan sebaliknya.

Stiker Bertren

Terima kasih kepada platform terbuka dan ribuan stiker yang percuma dan berkualiti tinggi yang terkandung dalam direktori stiker, ada terdapat stiker yang sesuai dengan setiap situasi. Kemaskini ini membolehkan ianya lebih mudah untuk mencari stiker tersebut.

Stiker Bertren kini dipaparkan atas ‘Terbaru Diguna’ dalam panel stiker anda. Tekan ‘Tambah’ untuk simpan pek tersebut untuk kegunaan masa hadapan – seksyen stiker bertren merupakan salah satu dari yang jarang-jarang ditemui di dunia ini yang sentiasa dikemaskini lebih kerap dari aplikasi Telegram.

Bila anda skrol melalui pek anda atas pada panel, gambar kecil membesar dan memaparkan nama pek stiker anda.

Telegram untuk Android juga mendapat pratonton lebih besar untuk cadangan stiker. Untuk mendapat cadangan, masukkan satu emoji di ruang menaip. Untuk melihat lebih banyak cadangan stiker, leret ke atas pada panel cadangan.

Jika anda mempunyai perkara tertentu di fikiran anda dan tiada dalam set anda, taip satu perkataan dalam medan carian untuk dapatkan padanan dari direktori stiker. Cuba taip ‘kuning’, ‘binatang’,’kucing’, dll.

Memilih Stiker

Sama dengan ’Menaip…’ atau ’Merakam mesej suara’, aplikasi sekarang memaparkan status di atas bahagian bual ’Memilih stiker’ — agar anda tahu yang pasangan bual anda masih berada di situ, hanya menunggu untuk respon beranimasi yang tepat.

Pembilang Komen Belum Dibaca

Banyak saluran mempunyai komen didayakan untuk apa yang diposkan supaya pelanggan saluran boleh berinteraksi dan berkongsi fikiran mereka. Kami baru-baru ini berpeluang untuk menguji ciri ini dengan ribuan ucapan hari jadi — terima kasih kami ucapkan di atas segala sokongan anda.

Sama seperti dengan bual, bila anda buka talian komen yang mempunyai mesej baru, ’pembilang’ akan timbul menunjukkan bilangan komen belum dibaca.

Komen belum dibaca di talian benang anda baru buka

Emoji Beranimasi Baru

Bulan ini kami bertanya diri kami: “Patutkah kami berhenti dari mengeluarkan emoji beranimasi dengan setiap kemaskini?”. Selepas berbincang lanjut kami merumuskan jawapan seperti berikut: “Mungkin tidak. ”Kirim mesej dengan satu emoji untuk memperolehi salah satu dari karya agung di bual:

Itu sahaja untuk hari ini — dan kami telahpun mempunyai beberapa perkara yang sedang dibangunkan untuk kemaskini akan datang. Kita jumpa di sana!


31 Ogos 2021
Pasukan Telegram